Takaful merangkumi kesemua elemen-elemen untuk meningkatkan dan membantu ekonomi sesebuah keluarga, dengan Takaful anda boleh membuat perlindungan kepada keluarga jika ditimpa musibah dan hilang upaya. Jika berlaku sesuatu kematian, nasib dan masa depan ahli keluarga terbela tanpa melalui keadaan putus punca pendapatan keluarga yang mendadak dan mengejut.
Dengan Takaful anda juga akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelaburan walaupun secara tidak langsung. Wang sumbangan anda akan dilaburkan ke organisasi-organisasi dan perniagaan-perniagaan tertentu yang disahkan halal oleh Badan Pengawasan Syariah yang dilantik untuk tujuan mengawasi segala proses Takaful supaya tidak terpesong dari landasan Islam yang Suci.
Selain itu, wang sumbangan kita akan bertindak sebagai simpanan hari tua kita. Setelah mencapai sesuatu tempoh yang ditetapkan, iaitu tempoh perjanjian yang dipersetujui, dan anda tidak terlibat dalam sebarang kemalangan dan tidak berlaku kematian, maka wang anda akan dikembalikan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan. Ini telah memberikan satu sumber untuk kita menampung kehidupan hari tua kita dengan hati yang lapang dan lega. Semuanya hasil dari tindakan anda sekarang menyertai Takaful.
Sesungguhnya konsep Takaful bukan merupakan sistem yang menyusahkan penyumbangnya tetapi bertujuan untuk membantu orang Islam dan semua orang tidak kira yang bukan Islam juga khususnya untuk hidup lebih sempurna pada masa-masa mendatang.
Takaful Ikhlas ( Beaufort Agency )
Tuesday, 14 February 2012
Monday, 13 February 2012
Friday, 12 August 2011
Sunday, 31 July 2011
Tuesday, 21 June 2011
Tuesday, 17 May 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)